Monday, January 23, 2012

I'm sorry...

Actually sejak ada dua blog ni satu blog telah di anaktirikan..Tapi padahal sebelum ada blog
SHAKLEE ini la blog yang jadi tempat luahan hati. Kalau la blog ni boleh cakap mesti dia dah cakap dah sampai hati you tinggalkan ai, mentang- mentang yang sorang lagi muda bergetah dan lagi fink dari ai, you lupakan ai ye.. uhuk..:"(

Sorry dearest, tak pernah nak niat nak lupakan you, tinggal lagi i'm so focused in my biz dan rasakan takperlula sampai dua blog. Tapi Time datang mood nak tulis something yg berguna or funny terus teringat kat blog REDCOMEL yang lama ku tinggalkan dan takkan nak tulis kat blog REDCOMELMALL tu, nanti terus jadi blog carcamarba gitu.

Lagipun sayang sangat blog ni dah ramai dah kawan takkan nak dibuang begitu saja..Dosa putuskan silaturahim.

Well I guess tak kisahla, walaupun biz Shaklee meletup-letup macam sotong goreng tepung, I'm still the same old me. Mrs. Redcomel.

Anyway, Jangan lupa datang ke REDCOMELMALL tau^_~ [ wah, sempat ko promote ye! ]

Thursday, December 1, 2011

Dan Pemenangnya adalah...

Assalammualaikum...

Maaf lambat announce pemenang giveaway...:)

Tapi janji tetap janjikan.

ada 46 peserta give away...

Saya pakai Random.org


pemenangnya adalah no 34

email : nureen_345@yahoo.com

Tahniah!!! sorry takleh paste random generator sbb pakai IPad..

Anyway choose your favourite set ya! tq for joining this giveaway..

pada yang tak bernasib baik, boleh join utk next giveaway..

:)

Wednesday, November 30, 2011

REDCOMELMALL GIVEAWAY

Assalammualaikum dan Hi Everyone...

Dah lama rasanya tak buat giveaway.. Ini giveaway blog saya yang satu lagi ^^

Kali ini saya buat giveaway yang boleh anda pilih.

Hadiah-hadiah yang jadi taruhan adalah ( hanya pilih salah satu jika menang ye! ^^)

1. Euphoria Optimum  Health Set
30 tabs of Mulvitamin, B coms, dan 30 tabs Vitamin C.

2.Euphoria Skin Care Set
30 tabs of B com, Vitamin C and Vitamin E.

3.Euphoria Feminin Set  (30 days): 30's Vitamin E dan 90's Alfalfa

4. Euphoria Multiple Five Set(resdung,asma,allergy)
60 tabs of Vitamin C, 30 tabs of B com and 120 tabs of Alfalfa
Semua hadiah bernilai RM 80.00 tau..plus Insya Allah kesihatan bertambah baik..^^

dan ada satu hadiah special yang MISTERI !!! dan tentunya best! Nak tahu join dulu^^
Apa yang perlu anda buat adalah

1. Like page REDCOMELMALL.COM di Facebook.

1. Jadi follower blog ini www.redcomel.blogspot.com  dan blog ini juga  www.redcomelmall.blogspot.com . Just copy paste entry blog ini dan letak di blog anda...dan tinggalkan comment, email address serta url post entry di telah dibuat.

Ok, itu je. Mudahkan? Giveaway berlangsung selama 2 minggu. So, GOOD LUCK!!

Thursday, November 24, 2011

Nak boikot ke tanak?

Sejak menjawat jawatan Menteri segala menteri kat rumah ni rasa kalau tengok belanja domestik untuk perbelanjaan rakyat jelata menjamu selera mesti rasa nak naik hangen.Bukan apa, kadar kenaikannya melonjak-lonjak tersangat berbanding 4 tahun lepas [ sepanjang tempoh saya dah jawat jawatan Menteri ni] Ini tak adil tuan penasihat!

Mana taknye, ikan kembong sampai 15 sekilo. Udang RM 20 sekilo, ketam pun sama. Milo 2kg sampai RM 35. dan semuanya pakat naik... bla bla bla...

Ada sekali tu sampai terkujat-terkejut saya bila nak beli kicap kipas U****g di kedai runcit regenya sampai Rm8.50.Dulu masa baru kawen rasa saya baru RM 4.50 uish uish... penat saya belek kicap tu atas bawah depan belakang carik ada pertambahan zat ke, vitamin ke, pemeringkatan 2 kali ke..atau mungkinkah kicap ni dah ditambah kolagen sampai jadi mahal cenggitu? emmm ... musykil betul..potong mood saya satu hari sebab kicap mahal.

Emm..tapi baru baru ni saya pergi ke Mydin, saya tengok harga kicap tu RM 5.60. Sejak hari tu itulah destinasi yg saya pergi bila nak beli kicap kegemaran anak- anak saya[dan maknye jugak.]

Mommies out there yang cekap pasal budget mesti tahu kedai mana nak tuju bila nak cari keperluan family. Even kalau pendapatan seisi rumah lebih dari cukup pun masih kita kena buat budget kan? My say is, jangan kawan dengan kedai yg letak harga mahal lebih sepatutnya. Sebab sampai bila bila pun inflation rate naik. Yang rugi kita.

Cabaran 9 minggu..

Salam..

Thanks pada mereka yang join giveaway..Nanti 30hb Nov saya akan announce pemenangnya.
Hadiahnya memang best, Set vitamin from Shaklee. Dengan bangga hati saya announce saya sekarang adalah Shaklee Independent Distributor, ID 866293 saya harap lepas ni kawan-kawan, sedara-mara, bff or sesapa je tak lari jumpa saye sebab saya buat MLM. :P hihi

Ceh, siap letak no ID lagi.. ye la mana tau korang lalu kat Empire tower tu, nampak opis Shaklee tapi malu-malu nak daftar sebab awek receptionist tu cun sangat...Haa..bagi ajerla no Id ahkak ni..boleh buat beli vitamin sebotol dua kan? :)

Actually saya dah tak mo buat biz biz ni... anak dah empat...duk rumah aje la diam-diam. Tapi potensinya terlalu besar sampai saya tak boleh deny.. Lagipun niat saya nak bantu suami saya..at least to buy things yang saya suka jadi tak perlu minta pada dia, walaupun dia mmg tak kedekut orangnya...

Bukan apa..nak tolong mak ayah..adik beradik..bayo hutang PTPTN..opps..:D Sekurang-kurangnya bila kita ada lebih, kita boleh bantu apa yg kurang.

Balik pada tajuk, cabaran 9 minggu. Cabaran apa tu kak? eheh, cabaran untuk kuruskan badan yang dah tak berapa nak kurus ni. So, sejak bersalin badan memang susah nak turun, dulu masa anak dara berat saya 45kg je... sekarang???? 59 kg. ha, pengakuan berani potong kuku ni. Ada orang tu cakap kalau saya kurus dia berani potong kuku dia...hihihi nampak sangat tak berani nak bet.

So, sekarang since saya berShaklee dan ambil certain vitamin, saya mensasarkan berat saya mesti turun dalam masa 9 minggu. Target turun sekilo seminggu. Aci ke? boleh je... Saya nak tiru macam akak ni...CUBA KLIK SINI mesti bestkan.. bukanla desperate sangat, cuma nak muat balik jeans saiz 27.. ;)

So, ada sesiapa BERANI nak join saya? ^^

Thursday, November 10, 2011

Dear Friends...

Kengkawan... nak jemput ke blog baru saya...

http://www.redcomelmall.blogspot.com/

jemput jadi follower kat situ ye.. sebab sunyi sepila kat sana hihihi..

Thursday, September 8, 2011

Salam Lebaran dari hati tulus ikhlas.

Barangsiapa meninggalkan sifat membalas dendam, maka Allah s.w.t akan menggantikannya dengan perasaan lapang dada dan bahagia. Dalam pemaafan itu terdapat ketenteraman jiwa, ketenangan, kemuliaan, kebesaran dan ketinggian jiwa.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba dengan sikap pemaafan, melainkan dia semakin mulia." (H.R. Muslim)


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Harap halal makan minum, yang suka mengumpat belakang tu saya maapkan, saya pun tak suka ngumpat orang, rasanya takde sakitkan hati sape2.. :D Tapi kalau dah melampau dan kena fire balik tu nasib la. Harap segala perselisihan timbul kita akhirkan dengan silaturrahim yang masih tersimpul erat. Jemput datang rumah, anak kecik dapat duit raya, kalau yang besar dapat makan beskut je sebab curfew berpantang masih ada, so saya tak renyah-renyah masak dan sebagainya. Tapi kalau nak makan sedap-sedap sila datang selepas 17 hb, saya dah abis pantang, saya nak masak sedap seperti rendang kerang dengan pucuk paku. Tepon dulu tau, kalau tak silap-silap dapat makan kulit kerang, atau pucuk paku je. :P

Rayan dah sebulan, masa lahir 3.25kg, now dah 4.85kg. Tembam kan? :) Tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab ada budak debab tapi kacak yang kuat nenen dah nangis nak susu. Jumpa lagi, jemput datang rumah! ^^

love, Red.