Mural anak-anak :D


Anak2 saya cukup suka bermain dengan pensil warna, krayon. Saya pulak memang sentiasa beri sebab taknak jari-jemari  mereka keras bila tiba masa nak pegang pensil. Ghauss pun dah pandai conteng-conteng. Tak cukup kertas, dinding pun menjadi tempat mereka mendokumentasikan hasil karya mereka. HUHUHU... 


emm.. cantik tak? :-) ada kereta2. kalau kereta mesti Faeiq punya kerjatangan. Dia mesti lukis ' tim tim 'sekali.





kadang2, anak2 buah saya datang sekali sekala, diorang pun turut menyumbangkan hasil karya mereka di dinding saya ni. hhihihi.. kadang2 tak  larat nak tegah.. tegah pun buat jugak.


Last time saya mengecat rumah hari raya tahun lepas. Saya cat pelan2 aje Sebab kadang-kadang saya cakap juga dengan hubby saya nak cat rumah, dia tak bagi sebab takut saya semput. Tapi Ani yang kadang-kadang degil ni buat jugak. Sebab everytime saya tengok tv, terpandang akan mural
cantik anak2 saya.. sikit-sikit boleh cuci tapi bila makin banyak sakit mata pulak jadinya.
So, setelah turun ke kedai hardware  dan membeli cat saya pun membuat kerja2 mengecat dengan kerjasama Tufah, Faeiq dan Ghauss.  Inilah hasilnya.



Ruang tamu yang bersedia untuk menerima tetamu.. :D
Ruang tamu yang simple, tempat kami satu family lepak tengok tv.:D
Tiada lagi kereta Faeiq di dinding mama.
Dinding yang dah di cat dengan Jotun Pearl Silk. kalau ada orang conteng pun buleh lap dengan kain. hihihih
Tapi bila bebudak ni lepak kat sini bersepah jugak.. takpe la, bukan mama tak biasa kemaskan.

Bila anak-anak makin membesar, saya sentiasa simpan cat yang sama kaler dengan dinding rumah  incase kalau  bakal terima tetamu, boleh cat dinding yang  penuh dengan lukisan anak kecik. Saya tahu before raya tahun ni mesti saya kena cat sekali lagi sebab semalam saya tengok dah ada dah cop2 yang tidak dikenali. Apa nak kata, adatla orang anak ramai.  :D

2 comments:

isyqie said...

tu la anak2 creative namanye...lantak la apa org nak kata ani..biar lah penuh pun lukisan kat dinding tu...hehe

dila~noor said...

kak ani...so nice cat tue =)
warne gelap mmg tgh in skrg kn?
heheh..nk link to my blog ok =)