Bersyukur

Jumaat lepas, abang saya yang sulung datang bertandang ke rumah bersama anak isterinya dan seperti biasa saya akan menyediakan rumah dalam keadaan se-cozy yang mungkin supaya semua orang berasa selesa untuk lepak-lepak lepas makan minum yang pastinya sedap-sedap( ceh..mengaku masak sedap..) . Abang saya orangnya biasa-biasa sahaja.. kerja biasa, kehidupan sederhana... namun saya suka dengan caranya mengatur hidup keluarganya... dan hidupnya sangat berbahagia. Terpancar di mata anak isterinya...:D

Ya... kita akan berasa bahagia bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Pemberi segala nikmat adalah ALLAH, namun seringkali kita menganggap bahawa semua itu kerana diri sendiri dan mengenyampingkan Allah. Bersyukur bukan tentang nikmat yang diberikan, tapi bersyukur kepada pemberi nikmat itu sendiri. Kita memberikan kegembiraan kita kepada pemberi nikmat akan nikmat tersebut. Namun seringkali syukur kita masih ditempatkan kepada nikmat & pemberian nikmat tersebut, bukan kepada ALLAH. Jangan pernah lupa dan alpa dengan nikmat yang ALLAH berikan percuma...nasihat saya pada diri saya sendiri.


Saya berkahwin semasa saya berada di tahun tiga di UPM, masa hari graduasi saya suami saya pesan dengan lembut sekali..


Sayang.. nanti bila dah kerje, jangan sombong... Jangan sesekali bangga diri
Sayang..jangan risau. Memang bukan sifat semula jadi saya sombong mombong ni... Kalau suruh berlagak sombong pun mesti saya tak reti.. macam mana nak menggayakannya... Minta saya dijauhkan sifat tak guna ni, kalaula saya terlupa. Ingat kan saya ya..

Mungkin ada di luar sana yang dah lupa kampung halaman...dah lupa adik beradik.. Ya, mungkin berasakan hidup sekarang sangat indah, hingga tak perlukan ibu ayah serta adik beradik. Mungkin sebab kau makan gulai kari ikan merah hari ini, kau dah lupa rasa ikan kembung kecil yang sekati RM 0.80 ajer dahulu. Kalau la kau menidakkan cara ayah ibu kau mendidik kau tidak kool, tak macam buku-buku mahal "About parenting' macam yang selalu kau baca dan bertimbun-timbun atas meja rumah kau..Mungkin ayah kau tak mampu nak belikan mainan mahal yang kau pingin semasa kecil, demi memastikan kau belajar hingga menara gading. Kalaulah kita lupa jasa-jasa orang tua kita yang susah payah membesarkan dan memberikan didikan, sesungguhnya kau hidup dalam penafian. Menafikan yang sebenarnya kau masih ada orang tua yang perlu kau sayangi dan perlu di balas jasanya... menafikan kerinduan yang mendalam terhadap adik beradik yang lama tak di tanya khabar beritanya. Seronok ke hidup macam tu? Tepuk dada, tanyalah hati. Mungkinkah EGO kau sebesar kereta kau? Hahahahah..

Inilah realiti hidup. Percayalah kata saya, melambak orang macam ni...

What your point Ani? Hargailah apa yang ada pada diri kita sementara kita masih memilikinya.. Bukan harta.. harta boleh di cari. Ayah ibu...keluarga.. anak-anak.. Ini perkara-perkara yang berharga dalam hidupyang tiada galang ganti. Ingatan yang membahagiakan.. Singkatnya hidup ni kalau nak di bazirkan dengan pertelingkahan yang memusnahkan.

Emm.. dah macam ustazah bahiyah bagi syarahan pulak. Saya harap jangan la sesiapa terasa.. tak tuju pada sesiapa pun, cuma pengamatan dari pengalaman hidup.. Ngeh ngeh ;D

P/s: Saya mungkin dah masuk dalam ignorant list... WAH BERLAGAK BETUL KO EH!!
(Saya tahu takde siapa pun faham. hahahaha)

3 comments:

Mama-Miya a.k.a "Jedi Hopeful" said...

ija paham ani...no worries..i sapot u..hahahhaha...dr dulu lg dah tau ani kuat merapu...tp kawan punye pasal, ija tak kisah...buat2 paham aje laaaaaaaa.

Khairani Bahaudin said...

ija...tq tq... tak tuju pada sesiapa kecuali pada seseorang yang paling saya sayangi..seseorang yang hampir melupakan keluarganya.. cuma saya tak tahu apa dalam hatinya sebab dia tak pernah beri saya peluang mendengar... biarlah dia nak terasa, kalau itu boleh buat dia sedar diri.Tapi kalau tak sedar-sedar jugak apa boleh buatkan ija.. Dah beso, bak kata nabil pun, LU PIKIRLA SENDIRI... :)

isyqie said...

akak faham prasaan ani... insyaallah, 1 hari nnt, dia pasti akan sedar