Tutorial Bekas Telefon Bimbit.

Seperti yang di janji, saya akan kongsikan bagaimana cara nak buat bekas handphone comel. So apa yang di perlukan?
1. Pembaris (Ruler)
2. Gunting(Scissor)
3. Kain felt yang di potong 3"x5" dan bentuk-bentuk utuk hiasan. (Felt Fabrics Cut 3"x5" and a few desire shapes )
4. Aksesori tambahan. (Accessories ( button & etc))
5. Velcro tape
6. Gam(Glue )
7. Eraseable pen
8. DMC thread
9. Needle.

Inilah barang-barang yang diperlukan. Say cheese semua...

1.So, mula-mula sekali, Tampalkan corak-corak yang anda nak hiaskan. bentuk hati ker, bentuk bulat ker.. terpulang. Ikut selera masing-masing


 


2. lukis garis menegak di kiri kanan kain felt untuk penanda jahitan.
3. Jahit bahagian tepi menggunakan benang DMC.
4. Jahit sampai habis. Lepas tu sambung di sebelah kiri pulak.
5. so beginilah rupanya bila kita dah siap jahit kiri kanan bekas hp ni. :D Eh.. ada lagi belum siap lagi.
6. Tampalkan bahagian untuk buat penutup bekas
Hp.
7. Kemudian tampalkan velcro tape. Velcro tape buleh di dapati di kedai-kedai jahit di seluruh Malaysia, saya beli di Tesco :D tapi mahal sikit la.. :-P (Tesco cekik darah)
8. Kemudian tampalkan mata si bekas Hp.
9. Dah siap. Si Mata besar bergambar bersama krew bertugas. hehehe
Si mata bulat bergambar bersama tabung bear saya yang hampir penuh..
Tempoh untuk menyiapkan satu Hp case ni tak sampai 1/2 jam. Selamat mencuba. :D


12 comments:

ALynn said...

Red, mata sarung tipon mu itu buat daku terguda la.... hahahahahaaha

Redcomel said...

cuba alyn tgk betul-betul..dia kenyit mata kat alyn tu.. ;D hihihih

Wan Anis Sorfina said...

hebat tutorial! tepuk3!

Yati said...

Redcomel, kat mana usually kita beli kain felt ni? Adakah terdapat di kedai kain seperti Kamdar atau Nagoya, atau di kedai peralatan jahitan, yang jual benang DMC? Oh, sungguh skema soalanku ini.

Redcomel said...

salam

wan anis sorfina: tq tq.. tapi belum boleh lawan skill awak lagi.. :D


yati: red pun first time beli ni yati.. red beli di kedai ms craft wmc segemen DIY( hari tu dia buat sale, abis red borong hihi). kalau kat kedai kain jarang jumpa.. kedai jahit, mungkin ada tapi tak semua. ohoho.. jgn la skema yati, crafter kena rock!! haha (yeke??):D


anyway tq sbb sudi singgah...:)

Yati said...

Ha ye ye, thanks red, baru aritu Yati jumpa blog tuan kedai ms craft. Tengok craft orang lain guna kain felt ni, Yati pun teringin jugak. Hehhe..

Redcomel said...

yati..beli lah.. kadang2 ms craft ada buat sale happy hour. 16 pcs 1/2 meter felt, macam-macam kaler ada, only rm 50. Kalau harge biasa ratus2...

Yati said...

Wow, bagusnya. Thanks for the info, red. :)

yana~ said...

waaa....cantiknya...
boleh la saya buat sendiri untuk bagi hadiah kat kawan2...
terimakasih dgn tuhjuk ajar...

yana~

Redcomel said...

yana... boleh buat sendiri dah lepas ni :) senang ajer kan?

maz emanz said...

woww...nampak hebat pada saya yang tak pandai menjahit ni....bolehlah saya cuba nanti....

maz emanz said...

woww...nampak hebat pada saya yang tak pandai menjahit ni....bolehlah saya cuba nanti....