Hobi

Saya berasal dari manusia yang tak punya hobi, sebab saya budak skema yang belajar engineering yang tak reti nak enjoy yang saya tahu cuma baca buku. Bosan kan? hihi ya itulah saya sembilan tahun dulu.

Masa saya baru kahwin, (ya saya berkahwin pada usia yang muda, 22 tahun) saya cukup bengang bila suami saya mengadap komputer ajer ( suami saya orang Multimedia) dan buat model-model 3D. Boring betul. Kalau tak pun dia main gitar karan dia.Sampai hubby saya cakap, Ani takde hobi ke? Selain membaca, takder. Hubby saya gelak, kata dia, "tak dapek den nak nolong"

Saya mula berkenalan dengan dunia Swarovski semasa mengandungkan Ghaus. Uish.. memang sangat seronok.. saya memang asyik dengan gelang-gelang yang saya buat... sampaikan sampai tengah malam pun saya buat juga. Memang lumayan...

Saya suka design-design klasik, mutiara yang warnanya polos, tak makan dek zaman. Kalau design berwarna warni utk kanak-kanak saya suka buat juga. Tapi kalau orang dewasa saya suka warna-warna seperti yang di bawah ini..sangat eksklusif dan tampil mewah. :)





Sampai sekarang saya masih dengan hobi saya ini... dan dah banyak tambah dengan hobi-hobi baru, kain felt, menjahit, Sulam riben.. rasanya kalau sehari saya tak buat macam tak lengkap .

Dan saya tahu ramai juga kawan-kawan yang dah berjaya mendapat income dari hobi mereka.. Chaiyok-chaiyok!!!

Ada hobi memang bagus, untuk kesihatan selain memakan supplemen vitamin. :D Saya baca dari Readers Digest, orang yang ada hobi kebarangkalian nak kena stroke sangat rendah berbanding orang yang takde hobi langsung. So, kepada sesiapa yang belum ada hobi yang konsisten, you better find one. :)

last but not least,

Siapa kata wanita tak boleh maju? Beranak pun kita boleh, apatah lagi menyumbang kearah ekonomi dan pembangunan negara. :D kepada semua wanita di luar sana, kalau anda ada impian jangan takut untuk merealisasikannya. ( ayat penutup yang takde kaitan langsung dengan entri.. hahahhaha )

Sisters, I love you all.
X redcomel X





p/s: I have a sister, and i love her with all my heart.

5 comments:

dila~noor said...

kak ani..sy baru nk cube2 decoupage..macam makcik2 kan?hihihi.

bile kak ani ckp cmni kn,sy br terpikir..tak slh mencube..selama ni sy rs syla org yg plg kerastangan sekali..lgpun bile dh kawin n ade anak asik pikir org lain je..tak pikir diri sendiri pun kn.

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

waa anie pun suka jewelery beading eek.. ija time blum jd mom dulu ok la nak buat ni, now tokleh, ada monster nak serang workshop ija. takut2 dia capai sebijik & telan. naya aje..

puas hatikan buat gelang sendiri?

Hana Ghazali-Robert said...

tido tu bleh dikira hobi tak?

Redcomel said...

dila dear~ akak suka gak decoupage tu.. tapi kalau akak buat akak tak tau nak letak mana sebab hubby akak tak suka bunga2 banyak sangat dalam rumah...


ija~ hahahha...takper..nnt tunggu miya besar sikit nnt dia tolong mama dia buat gelang... ija duk kat victoria sure ada byk craft gallery kat Aussie kan? wah..aku bila la nak sampai sana.. teringin betul...


hana~ of course dear.. a good sleep is a must!! :D

Yati said...

Love u too. Hidup wanita!