Suatu Hari di Kedai Cermin Mata

Mata saya rabun teruk. Dek disebabkan kebergantungan terhadap contact lens yang melampau, power mata yang dulu sedikit, kini sudah banyak.Right eye 800, Left eye 650. Ok ok, jangan pengsan. Tambah dengan aktiviti menjahit diwaktu malam, makin rabun mata saya. Patutlah orang tua selalu cakap, ' Malam-malam jangan menjahit" Ha! Degil lagi. Rentetan situasi ini saya telah berjumpa optimetris yang terdekat. Di pasaraya Bintang, tak sampai lima minit dari rumah saya.

Saya: Alo towkey
Towkey Kedai: Alo adik, mau beli cermin mata?
Saya: Yela towkey. Saya mau check saya punya mata dulu. Sudah rabun banyak la.
Towkey: Boley ma, takde masalah. Kita ada banyak pakej . Murah-murah. Student pakej pun ada.
Saya: Yeke. Mau tengok dulu la tauke. Berapa student pakej? Nanti saya tanya ibu saya , dia tengah shopping. (Hahaha..buat lawak cakap ibu ikut, kang kalau dia cakap mahal sgt, saya cakap la ibu saya tak bagi..Dalam hati, boleh dapat student rate lagi ker? Cis towkey ni perli aku rupanya.)

Towkey: Ok. ok .Seratut lima puluh lapan saja harga pakej. Check mata dulu la.

Saya: Ok.

Sesudah check mata dan hampir pengsan tgk power mata yang tinggi macam KLCC, saya tanya towkey.

Saya: Amacam towkey, berapa best price boleh bagi?

Towkey: Power mata you tinggi sangat la dik. Itu lens kena pakai yang high kualiti, kalau tak nnt mata you macam pakai kanta pembesar.

Saya: Ayo, kasi yang elok la towkey, nanti orang ingat saya pakai teleskop pulak.

Towkey: Ok, ok. Eh, mana you punya mama? Panggila dia la kasi explain pasal mata you ni.Nanti mau kasi tahu dia harga, dia kasi ke tak you amik ini cermin.

Saya: Hihi.. Towkey, you ingat umur I berapa?

Towkey: You bukan baru abis SPM ke?

Saya: hahahah.. Mana ada ibu saya ikut towkey. Saya gurau sajalah... Anak saya sudah 3 ma.

Towkey: Ye ke? Tak nampak macam suda kawen. Tak boleh dapat student rate la ini macam..

Saya: Surirumah rate boleh dapat ke?

Ya, kali ini towkey pulak yang ketawa. Dan harga cermin mata dapat kurang sikit. :D

Emmm Ya, mungkin saya kelihatan macam budak lapan belas tahun yang gemuk , tapi apakah mampu saya menipu towkey jika saya datang keesokkan hari bersama Ghauss si bucuk saya yang tak putus putus bertanya " Mama, ni ape, Mama, abah ane? Mama, nak ukung.." Takkan nak cakap adik kot, tak logik sungguh.

Keesokkannya saya ambil cermin mata saya bersama Ghauss. Dan Ghauss asyik cakap "Mama, jom aa alik" Ha, kalau menipu tak ke kantoi?

Menipu berdosa. Nyatakan kebenaran sungguhpun pahit.

X Redcomel X

7 comments:

Wan Anis Sorfina said...

haha ~ got the same experience too!

Redcomel said...

Wan: hahah kalau orang tanya apa rahsia awet muda apa nak kata ek?

blogging + ketawa+ buat craft?

hihih

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

alaa..ija bwk miya pegi park, org ingat kakak bawak adik.... then bila kata i dah kawin..mula la matsalleh suspect ija kawin time umur 16...dia tak tau umur sebenak ku..huhuhuhu

Redcomel said...

Ija: You memang forever young la babe..

Alviana said...

interesting story... how lucky u are to look young. :)

Anonymous said...

try la buat treatment lasik.
no need to wear thick lens.
tak yah pakai contact lens yg melecehkan.

m-i-o said...

hisy. kalo mak, mak blasah je. dah bukan mak yg ngaku, dia yg ckp student price :P

kahkahkah, keji!