Belum Terlambat

Ada orang tanya saya kenapa hantar Ghauss (anak bongsu saya yg berumur 3 tahun) ke playschool sedangkan saya homemaker. Then saya jawab I'm planning to futher my studies, so nak biasakan dia takut dia culture shock pula tiba-tiba kena tinggal. Then the lady said, aik dah tua-tua pun nak belajar lagi? membazir je hantar anak pergi playschool. Baik duduk rumah je. (Dengan nada yang sangatttttla annoying) Then saya tengok muka saya kat cermin, haah la dah ada eye bag, (tapi belum ada kedut okay). No wonder awak kata saya dah tua to futher my studies. :D Kelat pulak muka lady tu bila tengok saya selamba senyum.

hihihi... serius tak kecik hati. None taken bebeh! Saya sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang Sanguine kerana kata-kata cemuhan tak pernah melekat dihati saya.

Kalau hari ni anda ada satu cita-cita, jangan gusar atau ragu-ragu untuk kejar impian itu.

Tak kiralah apa juga cita-cita tu, nak kuruskan badan walaupun berat yang sekarang buat skala penimbang tunjuk angka tak best, nak anak sepuluh orang walaupun orang menyindir sambil pandang anak-anak kita yang ramai dan baik-baik tu, "Udah-udahla beranak tu, tak rimaske anak ramai?".Nak belajar buat kek atau menjahit ke... Apatah lagi kalau cita-cita yang nak dikejar tu berkait dengan ilmu boleh menaikkan taraf hidup dan bantu family dan membahagiakan orang tersayang.
Terimalah hakikat bahawa takkan sama pencapaian orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu
Jangan pernah ragu dengan diri sendiri sebab Allah Maha Pemurah sentiasa beri rezeki pada mereka yang berusaha.

Jangan peduli apa orang kata sebab bukan mereka ataupun keluarga mereka yang akan menempuh segala cabarannya atau kesusahannya tapi kamu.

So jangan patah semangat, jangan patah hati, jangan patah jiwa. Kuatkanlah diri dengan keyakinan bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Sebab yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek.

14 comments:

Damia shoppe said...

tak pe red...
tepis ajer kata2 nista....wah..wah.
moga2 impian mu tercapai red...amin

CikTie said...

wah! kata2 amat memberikan semangat!!! tq!tq! semoga berjaya dan tercapai apa yg dihajati...

dila~noor said...

kak ani..u inspore me!!
betulla kite sntiase ada semangat.orang2 mcm tu hadir dalam hidup sekadar untuk tambah perisa jer..
aik..manede tua..blum 30 lg kn dis year =)

NORAZLINA YAAKOP said...

setuju...
learning is none stop process tak kira muda atau tua.

Syahida said...

salam,
age is just a number....dah tua kerepot pon nak sambung blaja apa salahnya? menuntut ilmu biar sampai ke liang lahad...anak 3 tahun ke playskool pon proses blaja juga...certainly NOT a waste. I agree with u redcomel :-)

Redcomel said...

Diana: :D aku dah biasa dgn kata2 nista ni... hati kena kuat kan?

Redcomel said...

Cik Tie: Sharing is caring. Tq sbb datang blog red. :D

Redcomel said...

Dila bebeh: hahahha rasanya dia jeles tu yang cakap ahkak tua tu..
Memang, ramai sebenarnya orang keliling suka jadi ajinomoto dalam hidup kita..takpela, kalau takde tak ceria la hidup kita ni.

Redcomel said...

Azlina: betul tu lina, tak kisah walau apa pun tahap pendidikan kita; spm ke, degree ke, jgn lupa tambah ilmu, itu yang penting kan? Walaupun ilmu seremeh camner nak buat teh tarik best utk suami.. hihihi

Redcomel said...

Syahida: Betul! walaupun dah tua tak salah belajar. bak kata pepatah " tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"

Tula cuma kadang-kadang orang mmg tak suka tgk orang lain berjaya.

Takpe, itu semua rencah hidup.

ecah said...

Lantak la depa tu mek..

Beranak ramai2 asalkan sanggup dan boleh menjaganya...sanggup dan kuat semangat utk belajar lagi..it is OK..

go go girl!!

asalkan bahagia..wokeh =)

melorr said...

pedulikan mereka! yg. penting kita tau apa kita nak!

Redcomel said...

betul tu melor...
eh, melor keje di FCM mmu kan? Kenal ta Wawa lazim? my friend la..:D

Anonymous said...

ilmu bukan hak eksklusif org muda.