Selamat Tahun Baru

Pejam celik pejam celik dah 2010. Masya Allah, cepatnya masa berlalu sehingga tidak sedar blog ni dah berhabuk bagai dek lama tak update. Seriously memang sibuk melayan anak-anak yang sedang cuti sekolah dan makin "kreatif" dan "aktif". Melayan makan minum, melayan makan ice cream, melayan makan kacang, lukis ben 10, lukis Zathutra and the list goes on and on... dan setiap kali saya duduk depan laptop ni, Tufah mesti datang pada saya dan cakap, "Mama, nak pinjam sekejap laptop boleh?" :-P anak oh anak.... "Pakai la sayang."

Betul kata abahnya, Tufah memang tak heran permainan kereta control ke, atau apa jua mainan terbaru di pasaran, saya rasa dua benda yang ada kat rumah ni yang buat dia galit dan lupa segala benda lain ; laptop dan internet dan O!play yang ada macam-macam movie feberet dia. Kadang-kadang saya rasa cepat sangat anak-anak membesar. Tup tup suatu hari nanti dia minta saya pinangkan dara idaman hati. Hahahaha... Memang jauh lagi perjalanannya tapi pasti suatu hari itu akan tiba juga.. :D

Sentiasa mendoakan kesejahteraan suami dan anak-anak, semoga this year will be prosperous and succesfull year Insya Allah. Tahun ni my bebeh Ghauss manja mama dah masuk playschool. Dah kena independent dan belajar berkawan.

Selamat tahun baru semua. May Allah bless us. Amin.



2 comments:

Syahida said...

Happy New Year! time flies kan? cepat jer anak2 membesar...apa2pun, all the best 2 u and family :D

Redcomel said...

Hi syahida...
haah mmg cepat...
ya, semoga tahun 2010 bawa rahmat, kebahagian dan rezeki yang baik untuk kita semua.:D