Enough is enough

Salam.Jarang saya marah sesuka hati atau melampiaskan ketidakpuashatian saya begitu saja. Bila saya nak bercakap, saya filter, filter, filter, filter, filter, filter macam penapis air dirumah saya ada 6 peringkat, macam tu la saya tapis ayat yang lahir dari otak sebelum sampai ke mulut. Tapi sebab dah biasa prosesnya sangat senang sebab ia membantu saya menulis blog dengan baik, (cecececeh ^_^) , menjaga hati ramai pihak. dan saya senang bila orang senang berurusan dengan saya. Bila senang berurusan cepat selesai urusan, jadi tiada konflik di situ. :D Harmoni hidup bukan? Ada pepatah yang mengatakan andai kamu tiada harta yang banyak untuk disedekahkan, berilah kata-kata yang baik dan menyejukkan hati. 

Macam buat karangan masa sekolah, dah tulis tu, semak. semak, semak~ kata cikgu Fadzillah.kalau tak karangan awak masuk dalam semak. Hahahha.. Garang betul Cikgu Fadzillah, cikgu BM yang cubit saya sebab BI dapat A1, BM dapat C4 masa trial SPM. Cikgu, sakit tau.. 
Sama juga macam bercakap. Fikir, fikir , fikir.

Tapi sefilter-filter saya, you'll never catch me lying. Honesty  is the best policy. Tiada policy insuran yang boleh tandingi polisi ini. ~Eheh apakah kaitannya?  Especially to my dear husband, ibu dan people I cared most. kecik-kecik biasalah..hihihi.. dulu-dulu memang nakal, tapi semenjak saya berkahwin, sampai sekarang, menipu adalah satu kepantangan. Bohong sunat? apa bende tu? Well,  takda dalam kamus.

Tapi bohong2 lawak sesekali ada juga, contohnya saya cerita pada suami saya, di atas bumbung rumah ibu di Melaka ada musang yang malam-malam keluar makan mangga (rumah ibu byk pokok mangga).
Suami saya cakap" Mana ada musang makan mangga?" "Eheh, takde ek?" Yakin betul rasanya saya buat statement musang makan mangga. :P Mampuih suami saya tak caye.. hahaha. Tapi betulla, memang musang tu memang makan mangga bang. ( Saya masih mencuba dgn harapan dia percaya..:D)

Back to the story, Alhamdulillah, perkahwinan yang hampir 7 tahun belum pernah ada konflik pembohongan. Doa saya pada Ilahi agar ia kekal terus begitu. Amin.

Jangan salahkan orang lain jika kita tak lagi di percayai kerana berbohong, sebab kepercayaan yang diberi bukan boleh di jual beli. Sebab kerana berbohong kita boleh hilang teman dan saudara. Memang susahla nak terima jika orang suka sangat berbohong, and the worst case, kantoi berbohong. Susah nak senang. Sebab apa, apa juga urusan sehari-hari dibuat atas rasa kepercayaan. Buat bisnes contohnya, kalau tahu orang itu suka berbohong, mahukah kita berurusan dengannya?  SORRY. Apatah lagi dalam urusan seharian. Tapi nak buat macammana, kadang-kadang sikap susah nak ubah, siapa pun tak boleh nak bantu.

Saya takkan percaya lagi orang yang berbohong pada saya. Apa juga sebabnya pun. 

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. ~ ada sebab perumpamaan ini berbunyi begini...
 
Ada  kenal sesiapa yang kuat berbohong? Just tell them, enough is enough, kalau dia  tak paham bahasa Inggeris, " Cukup-cukup la tu." Ni terjemahan dalam bahasa Malaysia.


2 comments:

Ely Hasrul said...

betollah.. kalu asik berbohong mmg susah la nk percaya..

Redcomel said...

oh ely...sangat jemu dgn org yg bohong2 ni rite? tension dibuatnya.. tapi tu la... harap2 mereka sedarlah sebelum terlambat dan sebelum ruin diri sendiri..:)