Jangan dengki-dengki, tak baik tau.

Saya dah berniaga online sejak Ghaus lahir sehingga sekarang, Alhamdulillah ilham di kurniakan Allah supaya saya dapat menyalurkan usaha dan  kepandaian supaya dapat rezeki halal. Online shop saya REDCOMELMALL bermula dengan template kosong, sampai la ia penuh dengan warna pink, semuanya self taught dan juga berpandukan akal2 mereka yang bijak pandai yang sudi berkongsi ilmu di internet.Terima
kasih infiniti daripada saya untuk mereka.

Saya juga selalu browse online2 shop yang lain bukan saja untuk shopping, tapi untuk semak dan kemaskini kedai saya supaya friendly user dan sedap mata orang memandang dan sentiasa tengok apa juga yang perlu di perbaiki. 

Tapi mungkin sifat manusia yang sering cemburu atau suka bersaing membuatkan kita sukar membantu atau tak mahu orang lain lebih berjaya. Jika menjual produk yang sama, tengok harga yang dia jual berapa, kalau jual mahal pun salah, jual murah pun salah. If jual murah komplain pada supplier yang org tu jual murah, jual mahal pun salah, kelakar bila difikirkan.. Banyak betul masa orang tu masuk website saya dan compare harga dengan kedainya..  kedai saya ada 120 produk, jemput la masuk ya! kalau nak compare satu-satu letih juga.   :)  Oh my oh my oh my....

Meh cerita pasal statistik sket. Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet. Secara keseluruhan.Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.Tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan pengguna Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Pada fikiran saya, daripada kita buzy body tentang harga yang pesaing kita letak, atau betapa berjayanya perniagaan seseorang itu,  lebih baik kita fikirkan tentang  pembangunan perniagaan yang kita ada.Cara nak promosi produk dan kedai. Lebih mesra dengan pelanggan, Budi bahasa penting, internet marketing. kalau rasa kurang ilmu sama2 kita tambah ilmu.  Saya bukan orang bijak2 tentang bisnes2 ni... Rich dad Poor dad pun tak abis baca lagi. Tapi saya rasa hasad dengki buat hati kita mati, kurang kawan dan tak berjaya. Ada 10,040,000 pengguna internet dan makin bertambah. Buat marketing dan tip top kan servis online shop kita. Mengapa mahu risaukan satu online shop saya yang tak seberapa ni... :)

Anyway, I wish all the best to that person. The cake is big, we can share it together.  Biasala berniaga, dalam masam ada manisnya.. 


Love, 
Redcomel.

P/s: Ibu saya selalu pesan, orang yang hatinya baik selalu murah rezeki. Oh, miss you ibu, so much.

6 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

betul tu..cake is big, kalo nak bolot semua skali sorang..penuh mulut & u'll look ugly..buruk perangai..hahahha....

anyway, rezeki dr Allah. yg penting tu kita ikhlas berniaga, insyaAllah u'll attract more positive stuff into your business punye growth kan? tu yg plg penting....

ja amran said...

sabar ya ani. berniaga ni biarlah kita ikhlas... allah sentiasa akan tolong..insyaallah

Redcomel said...

Ija: betul ija...tapi what to say, org dah tak puas hati.. dengki juga..
biarla...jgn naya org sudah.. :)

Redcomel said...

kak Ja: terima kasih kak ja... kak ja, my sis baru lepas bersalin and dah dapat baby boy. :D I'm the happy Auntie. Yippie!

Drama Mama said...

haaa biasa lah orang kuat dengki, kurang rezekinyakan. eh apa ya online shop u? nak jenguk gak..

mine is at http://twinkywinkystars.blogspot.com for babies gifts

Redcomel said...

hi drama mama...

tq for dropping by..
I dah pegi blogshop you..
O my.. it is Soooooooooo Cuteeeeeeee.
Comel sangat. baby2 I semua dah besar, tapi nnt next baby, i'll purchase ur cute stuff.:D

mine is www.redcomelmall.com
jemput datang ye.. :D