Ada orang memang tak boleh di buat kawan.

Emosional? hahahha maybe.Tapi aku bukan jenis yang marah lama-lama. Dan aku pula bukan jenis pendendam," tatak simpam lalam hati punya olang la ini budak"  ya... itula aku.

Betullah, Allah jadikan manusia ni berbeza-beza. Jenis aku orang tak kacau aku, aku tak kacau orang.
Bukan jenis aku sikit-sikit nak mengutuk orang, nampak cacat sikit nak mengata sana sini. Bukan aku. 
Tapi ada jenis orang mulut yang memang nak kena cili. Mengata sana, mengata sini, macam dah takde hobi lain. Carilah hobi wei! tanam pokok ke, pergi salon ke, baca buku ke.. 

Iye, aku tak perfect. kengkadang aku manja, kengkadang aku garang. kengkadang aku senyum kengkadang aku masam. kengkadang aku masak sedap, kengkadang tak. Tapi dah orang jenis ni  ko masak sup x sedap pun dia mengata satu kampung , complaint sup cairla  ke apebenda whatsoever it is and make fun of it. hihihi ni contoh je la..

Sahabat paling setia, itulah aku. Pendengar yang setia, itulah aku.Dan aku selalu sangka orang pun buat yang sama utk aku, sebenarnya tidak. Orang buat baik sebab berkepentingan aje.... Mungkin aku yang cepat perasan bila orang buat baik dengan aku.Hakikatnya tidak.Ada fishball disebalik mee sebenarnya. Aku rasa macam orang bangang, sebab depan aku baikla sangat, kat belakang  berbakul dia mengumpat aku.

Come on la..  jangan tipu kalau ko tahu orang mengumpat ko dan ko rasa ok like nothing happen. Lebih-lebih lagi orang tu orang yang ko selalu buat baik, x pernah niat nak lukakan hati dan perasaan orang. Sampai aku tertanya-tanya, apa lagi yang harus aku buat supaya aku dapat di terima pakai dimata ko? Well, on second thought, you don't deserve me to be in your life. Tawar dah hati aku.

Macam ni ajelah.Sebab aku bukan jenis membalas-balas. Sebab ibu aku ajar supaya hormat  apa jua kelebihan atau kekurangan yang orang lain ada. Dan aku belajar terima hakikat, ada orang memang tak boleh dibuat  kawan.

Hubungan sesama manusia memang menuntut kesabaran, tapi ada jenis yang deserve makan tapak kaki.~SIS JOJET

Mulai hari ini, aku dah letak filtration column dalam hati aku supaya aku dapat filter dengan siapa aku patut rapat, sebab bukan apa nanti aku je yang sedih sorang-sorang bila tahu orang yang rapat dengan aku tu sebenarnya tak suka aku. Aku je yang perasan sorang-sorang. Hahahahha.

Bila rasa hati dah berkarat, banyak-banyak la berzikir. Lagi bagus dari mengata orang. :D

“Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kalian mengumpat (ghibah) kepada sebahagian yang lain. Apakah kalian suka salah seorang diantara kalian memakan daging saudaramu yang sudah mati? Maka tentulah kalian membencinya. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.” (Al Hujurat: 12)

18 comments:

SyahNur said...

sesi lepas geram ye.. hehe.... manusia ni mmg mcm2.. paling ramai adalah manusia yg dipenuhi sifat PHD... huhu...

Redcomel said...

syahnur~ bukan lepas geram...kalau lepas geram kita taruk cukup pada org tu. Ni sesi kongsi rasa. hahhaha tapi tang PHD tu memang betul syahnur, sad but true.

~~MummyIhsan~~ said...

mmg rasa sakit sgt ati bila dpt tau org yg kita bukan main nak jaga hatinya, rupanya kat blkg dia mengutuk2 @ make fun of kita... rasa mcm bila dpt tau tu nak smack down muka dia... tp klu kita wat gitu, kita sama je dgn dia... malah lebih teruk... so, nak x nak kena buat donno je la... lg2 pulak klu kena ngadap muka dia hari2... 2-3 hari, hilang sket sakit ati tu kot... huhuhu... (tumpang luah rasa gak la.. ;P)

lina said...

sabar jer la...apa tg jadi kat awk tu saya sendiri penah rasa...mmg skt hati bila tau org yg rapat ngan kite tu kat belakang kutuk kite mcm2...tp tuhan tu maha adil apa yg kite bt akn dpt balasannya...blasan padaa kwn saya tu semua org xnak kwn ngan dia disbbkan mulut jahat dia tuh....

lailasani said...

salam kenal..

i baru je kena minggu lepas... yg paling tak tahan tu kita tak salah apa2 pun ngan dia... tp dia nyebok nk ambik tahu hal kita... aih... mintak izin nk copy firman ALLAH tu ye..

Redcomel said...

Irda~Aduh irda...betul tu Da... sampai aku x tahu apa reaksi yg wajar aku luahkan, demi nak jaga hati ramai orang. So far, aku sangat pandai sorok perasaan aku, tapi deep down inside, dia pun tahu aku x suka dia. well, sapa yang declare war dulu ye tak? takkan dah kutuk aku macam2 expect aku nak baik2 dgn dia pulak. Well, what you give you get back la. Aku pun ada maruah juga.

Redcomel said...

Lina~ orang yang mulut jahat memang x digemari orang. Nampak orang gemuk, cakap org gemuk, nampak org selekeh cakap org selekeh.Sapa nak kawan dengan orang camtu, kan?

Redcomel said...

Lailasani~ alahai laila, samala dengan red. Itulah, jangan kata buat salah, kita buat baik pun dikata juga. Apa nak kata, PHD x abes-abes. Dah..jangan kawan dengan dia ye, kawan dengan red. hihi. :D Copy la ayat tu, no hal. ;)

jojetjojet said...

mmg tadek org yg akan perfect, tapi ikut logic aren't we supposed to be better? or atleast more "human".. kalau takleh, baik dok diam saje. some ppl mmg unbelievable lah ani.. kutuk condemn tak bersempadan..

Anonymous said...

Kita terpaksa terima dua hakikat.

1. Bukan semua org blh sukakan kita.
2. Kita pun takleh nak suka kat semua org.

Sebaik-baik makhluk & sehebat-hebat peribadi mcm Nabi Muhammad pun, masih ramai yg tak sukakan baginda, betul?

Masih ramai munafik talam berbelas-belas muka semasa hayat Nabi & stayed around Nabi plk tu, kan?

Face the reality & live through it.

Tuhan pun ramai jgk org tak respect & tak percaya, apatah lagi kita?

Redcomel said...

sis jojet..

betulla tu sis..they just unbelieveable. Agaknya dunia tanpa sempadan have something to do with it..yang buat mereka kutuk tanpa sempadan? Ntahla.

Redcomel said...

Anynymous,

Yeah, have live with quite a long time, if not dah lama bergasak dengan orang tu.Bak kata irda, rasa mau smack down pun ada. The sad thing is asyik berulang ulang. Tarik muka, kita yang dipanggil jahat dan x pandai bawa diri, senyum manis sendiri sakit hati.

Anyway, thanks for the advice. :D

P/s: kindly please write ur name..:D

adrizajamil said...

babe...adatla tu...name pon manusia... hehehhe... mcm- mcm jenis...org2 mcm nila menjadikan hidup kite berwarna-warni... mmg menyakitkan hati tp biler ko ingat2 balik... klakau... org mcm ni pon ade...

apepon wishing u a happy life!

Madam Robert said...

eh, sama pulak background kite ye.. heheee... fink~ tp hana baru je upload semalams~ =p

Redcomel said...

Add~ wa no hal.. wa ok je..hahhah dia la, penat ngutuk aku, aku dapat pahala. hihihi

Redcomel said...

hana bebeh~ la, iye?.. la awat hana tukar kaler coklat..takut boria la tu...hihih

Madam Robert said...

uhhh, tak.. memang fink. blog trulypeachy, yg satu lagi. hihiii~~ *sambil malu2 kucing mintak tumpang lalu kerna ini komen xde kena mengena dengan ini tajuk*

Redcomel said...

ala..x pe... fink memang cantik.. hihi