Tahun Depan Tufah Darjah Satu.

Bulan Ogos adalah masa untuk ibu bapa semak kemasukkan anak-anak ke tahun satu , so aku (sgt excited weh...) dan hubby pun pagi-pagi dah ke Yu Hua sebab nak semak nama Tufah di situ. Tapi sekali takde, cis... panik la sekejap. Nak check online server sekolah pulak lambat. Lepas tu akak kerani tu advise suruh check, nasib baik  hero I yang hensem tu telepon dia ada 3G, dapatlah tengok Tufah penempatannya di sekolah Sg. Chua. 

Actually ramai yang skeptikal bila berkenaan menghantar anak ke  sekolah cina.Aku tahu mengapa:

1. soal pendidikan agama
2. soal makanan di kantin.

Boleh dikatakan, soal didikan agama adalah tanggungjawab total ibu bapa dan jgn letak pada bahu ustazah sekolah. Islam adalah cara hidup. Jika kita titip cara hidup islam dalam hidup kita, Insya Allah. Moga-moga anak-anak jati diri yang kuat.
Soal makanan, mmg ajar anak makan bawa bekal ke sekolah setiap hari.  Sejak tadika lagi. Dan dia memang tak suka makan di sekolah sebab sekolah tadika sekarang ni pun yang prepare makanan akak Indon. Dia kata tak sedap dan hari-hari dia minta nak bawa bekal.


Tufah dah sekolah di q-dees pun dah 3 tahun  dan selama tu pun dia dah belajar Mandarin.La ni kat rumah pun dia ajar Faeiq mandarin dan kadang-kadang mama pun tanya Tufah.  Jadi macam satu kerugian bila dapat belajar extra satu bahasa di tadika tapi taknak continue bila masuk sekolah rendah.
 


Orang yang nak sekolah relax je, mama pulak yang excited terlebih. hahaha
Kecoh betul mama ni. ( ' ' ,)

Kata pepatah, "Tuntutla ilmu hingga ke negeri Cina"  :) Sekarang dah tak yah ke negara cIna pun dah boleh belajar bahasa Cina.

2 comments:

sz | m.s.s said...

waahhh saspen kan anak sulung naak masuk darjaah satu ni...anak sy muda setahun..tahun depan dia dok tadika lagi... ;)

Redcomel said...

haah dear..
banyak yang jadi kerisauaan sebenarnya... takut dia dibuli, takut tak boleh bawak dan macam2 lagi. Tapi still anak zaman sekarang bertuah ibu ayah antar pegi sekolah, balik bertunggu x macam saya dlu masa darjah satu pandai2 la bawa diri sendiri. ;)
Takpe Suzi, masa tu akan sampai juga bila dia melangkah ke alam yang baru dan lambat laun pun kita sebagai ibu kena lepaskan dia kan? :)Doakan yang terbaik utk anak2 kita.