Rumah Anda Lebih Hijau dengan Pembersih Semulajadi

Tak tahu sejak bila jadi aktivis alam semula jadi tapi kebelakangan ni banyak berfikir untuk menyediakan bumi yang lebih hijau untuk anak-anak aku yang suka baring atas rumput bila balik rumah nenek dan main pasir bila balik rumah uwan.Kebelakangan ni aku dah mula recycling.. bila buang sampah pun ada ketegori plastik, kaca, kertas dan sisa organik...baguskan? :D  Atau reason satu lagi aku dah tak mau membebel benda-benda yang takde pekdah sebab macam dah tak sesuai dengan umur aku yang muda belia makin banyak nih..~~~.; P

ok puan-puan, ini tiga barang kasi isi dalam kabinet 

1.cuka
2. baking soda
3. limau nipis

CUKA
Ni pencuci yang banyak guna, ambil satu cawan air, satu cawan cuka masukkan dalam botol spray. Then wallah...boleh spray pada hampir semua permukaan kecuali MARBLE. Jangan khabo aku tak bagitau pulak, kang ada pulak yang serang blog aku ni sebab marble rosak. huhuhu. Tak payah pakai Dettol, tak yah pakai sabun mahal-mahal, cuka pennyahbau dan antibakteria yang  murah dan berkesan. Jangan risau pasal bau sebab bila dah kering bau dia hilang. Boleh guna untuk tandas, dapur dan bila cuci baju. Tahu tak cuka merupakan pelembut fabrik semulajadi? ( ke semua orang tahu aku je yang baru tahu? ;>) sebenarnya sangat bagus untuk orang yang ada kulit sensitive yang alah pada pelembut pakaian biasa yang diperbuat dari bahan kimia dan juga bagus umtuk orang yang alah pada kesan detergen sebab cuka akan wash away semua kesan detergen tuh... Puh panjang lebar aku cerita, faham tak murid-murid?

Jus lemon dan jus limau nipis.
Jus limau ni pun bagus kak, banyak kegunaannya.Semua orang pun tahu tu. Boleh buang minyak pada pinggan, bau hanyir ikan dan untuk kilatkan barang-barang logam yang ada di rumah.Campur jus limau dengan cuka dah boleh cuci pinggan mangkuk bagai. Campurkan 1/2 cawan Jus limau  dan 1 cawan minyak zaitun, anda dah dapat sebatian yang boleh digunakan untuk mencantikkan perabot-perabot kayu di rumah. Hampasnya juga bila letak dalam tong sampah boleh hilangkan bau busuk tong sampah.
 Jangan pakai jus limau sunkist pulak ye...kalau jus sunkist tu buat minum.. :D


Soda Penaik.
Selalu digunakan sebagai penyental. Baking soda juga adalah penyahbau. letakkan dalam bekas pas tu letak bawah sinki, dalam peti ais dan tiap kali salin plastik tog sampah, jangan lupa letak baking soda sikit dan kertas surat khabar yang dah dikeronyok so nnt cairan dan bau akan di seap, takde lah pengsan tiap kali nak buang sampah.


Ok  tu je pelajaran sains rumah tangga untuk kali ini. Boleh praktik mana tau tiba-tiba pencuci kat rumah abis dan kalau rasa-rasa ok, dah takyah pakai detergen yang banyak cemarkan air kita. Tau tak ramalan saintis mengatakan lagi 100 tahun bumi kita dah takde air bersih, manusia semua perempuan lelaki akan botakkan kepala sebab nak jimat air daripada cuci rambut, dan cerita tentang air bersih ni dah jadi dongengan pada anak-anak kecil sbb air dah pupus. Sedihkan? :(   Tak boleh nak bayangkan.

7 comments:

sz | m.s.s said...

wahhh bagusnyaaa tips ni cik redcomel!
3 benda tu saja blh beri kesan menakjubkan! nak try pasni..yeaahhaaa

Redcomel said...

yela suzi, sharing is caring..yehaaa

Izaty Arha said...

Anie,i like it

Redcomel said...

Aty... tq..:)

35K 30 Minit said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ecah said...

chomeynyaaa idea awak niiii.....

Cery said...

thanks for sharing..mmg idea yg bernas.. sbb saya dah praktikkan..mmg jadikkkk bestttt..
by the way..salam kenal..jemputla ke blog saya//i kind of like your blog