Tufah dah masuk darjah 1.

Ni masa rambut panjang, hari pendaftaran
Ni masa dah gonjeng, meh mama tengok sikit.
 Ok, takpe, hensem lagi.
 



Tufah dah masuk darjah satu. Yeay!!!
Memang steady, xde nangis-nangis :)
Hari pertama dengan kedua je mama hantar sampai dalam dan datang masa rehat.
Hari ketiga mama hantar kat luar je (kat gajah menyusur) dan dah tak datang masa rehat. Itu pun macam jalan kat red karpet masa hantar kat gajah menyusur sebab  selang 5 langkah lambai mama... hahah macam artis gitu. Lambai mama sampai la hilang dari pandangan. Sebenarnya aku yang tak berenti melambai sebab rasa nak nak hantar sampai dalam tapi nak mendidik supaya dia tak manja sangat  tu yang hantar sampai gajah menyusur je.. Takpe la nak, janji pegi sekolah. Belajar pandai-pandai ye nak.

Ada kengkawan yang minta tips untuk hantar anak ke sekolah Cina. Aku  tak la pandai sangat , tapi sekadar berkongsi pengetahuan apa salahnya ek

Seeloknya cari tadika yang ada basic mandarin yang bagus, macam kat area rumah aku ni ada 3 tadika yang ada basic mandarin, Apple King, Q-dees, dan ada lagi satu tadika tak ingat apa ke namanye... antar Q-dees sebab betul2 depan rumah aku (senang, sbb dekat..:D) Tufah belajar situ sejak umur 4 ahun lagi. Basic Mandarin penting sbb nnt kalau dia masuk sekolah rendah semua speaking mandarin, kang sian anak  x paham tercangak-cangak sorang-sorang masa cikgu  cakap.

Masa mula-mula masuk Q-dees aku  tak bekalkan anak dengan makanan. Tapi sejak member tu komplain akak kat sekolah masak tak sedap la mama ...ayo~ sejak hari tu mula la dia bawak bekal pegi sekolah. Dari cookies, kek, kacang-kacang sampai la ke mee , bihun goreng. Semua dia suka. Sekarang Faeiq dengan Ghaus pun bawa bekal pegi sekolah. Kalau bimbang dengan status halalan toayiban(wajib bimbang) , elok la bawa makanan dari rumah sbb dikantin sekolah Cina bukan orang Islam yang masak. Ini penting ya ibu2.. Dan untuk mengelakkan dia lapar extreme di sekolah, aku pastikan dia makan sekenyangnya di rumah sebelum ke sekolah jadi bila tiba waku makan petang dia boleh alas perut dengan bekal yang dia bawak.

Banyak mulut dan ringan mulut aku bertanya tu ini. Masa hari pertama sekolah aku  bertanya macam2 pada cikgu kelas dia itu ini sampai cikgu tu naik menampah kenal muka aku .Tufah pun dah ada kawan ramai, mama pun dapat kawan ramai.  :D

So, tiap2 minggu dia ada tuisyen mandarin dan math dengan cikgu tadika dia yang lama. Dia nampak ok dan seronok  sbb kawan-kawan masa dia tadika dulu ada ramai yang sama belajar tuisyen dgn dia.

Minggu ni dah masuk 3 minggu Tufah sekolah SRJKC dan  dia happy walaupun cikgu garang. LEGA aku..:D

"Cikgu garang la Mama...."
"Bagus garang, kalau x buat homework nnt cikgu rotan." 
"Ala... Mama nie.." ~Tufah muka boring..
Hahaha suka nyakat Tufah


6 comments:

ct N honey said...

mmg sek cina bagus.jiran kat kg pun htr anak kat sek cina,pandai ckp cina.nak gak hntr anak sek cina tapi dah pindah tinggal bandar ni tadika dan sek cina nya jauh.....

Redcomel said...

Salam ct,nnt red pun pindah ke Bangi dan agaak jauh kena travel ke Sg Chua.. kalau ada kenderaan sendiri mungkin possible, tapi kalau nak naik bas susah sikit sbb xde bas nak hantar. Kalau wish nak anak pandai cakap Cina boleh hantar tuisyen Mandarin kalau sekolah jauh sgt :)

Wan Anis Sorfina said...

TQ for the info!
Tufah tetap encem!

Ain Rahman said...

huhuhu..
akak...asal potong rambut tufah smpai botak..nmpk noty laaa...hehe

Syahida said...

cayalah Red, bagus hantar anak ke sekolah cina ni.nanti mesti berabuk tufah speaking Mandarin..good!good! :)

isyqie said...

amir pun dah skolah tadika tahun ni...akak hantar skolah tadika yg pure cina...Tadika Ho di Tmn Seri Serdang...Minggu pertama x nangis..riang ria je pegi skolah..tp masuk minggu ke-2 dan seterusnye, hari2 pegang tgn akak dgn muka sedih..x tau la apa probnye...maybe dah kena marah dgn teachernye yg b'suara besar (hihi)...tp, teacher ckp, amir ok kat skolah...dah pandai naynyi lagu cina pon, w/pun kakak amirah dia kata, "x phm pon mama". x pela, amir kan pelat..sbb tu la bunyi pon lain mcm kot (hihi)..amir pun akak anta tuisyen dgn teacher yg sama...