PENTINGNYA ANTIOKSIDAN

Salam dear all.

Harapan saya semua ceria-ceria hendaknya.. suka saya nak bercerita pasal antioksidan hari ini, substan halus ciptaan Tuhan yang memberi manfaat besar dalam hidup kita samaada kita sedar atau tak. Saya kongsikan intipati daripada Antioxidant Miracle ni. Ini secara summary la ye.

Antioksidan melindungi tubuh badan kita dari segenap sudut. Individu yang mengambil antioksidan walaupun dalam dos yang sedikit, dapat melindungi diri mereka daripada penyakit kronik di hujung usia mereka.

Antioksidan melindungi sel kita daripada radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang terhasil apabila tubuh badan kita memetabolismkan makanan ataupun daripada pencemaran udara seperti asap ataupun radiasi. Radikal bebas merosakkan sel dan ianya punca kepada penyakit jantung, cancer dan penyakit-penyakit lain.

Tubuh kita memiliki sistem pertahanan yang hebat untuk mengimbangkan radikal bebas agar tidak berkembang menjadi berbahaya. Namun, pengaruh persekitaran yang buruk seperti radiasi ultraviolet, pencemaran, kebiasaan mengambil “junk food” dan merokok dapat membuat sistem pertahanan tubuh bermasalah menghadapi radikal bebas yang berjumlah besar.

Antioksidan seperti Vitamin c dan Vitamin A dapat melindungi kita daripada kehilangan pendengaran dan melindungi kita daripada penglihatan kabur apabila usia meningkat.

Antioksidan juga melindungi kita daripada kanser perut, membantu dalam perawatan penyakit hati dan melindungi daripada serangan stroke ataupun angin ahmar.

Antioksidan terdiri daripada:

Beta-carotene - [ caratomax Shaklee]
Lutein- [ Cinch Shake]
Lycopene
Selenium- [ Vitamin E Shaklee ada Selenium]
Vitamin A- [ Ada dalam Caratomax]
Vitamin C- [ Vitamin C Shaklee ]
Vitamin E- [ Vitamin E Shaklee ]


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...