Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

Ramai ibu yang mencari petua bagaimana nak banyakkan production susukan? Ibu- ibu bolehla ikuti cara yang Red kongsikan ini agar production susu meriah dan Si Manja happy ^_^

Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, bolehlah mencuba mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Cara yang jarang di cuba tapi hasilnya cukup bagus!

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Longan kering ini mudah didapati di pasaraya ataupun di kedai sensei Cina.

Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu
Ibu-ibu digalakkan untuk banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.

Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Ini adalah tips pemakanan yang di sarankan untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Semoga ibu- ibu terutama sekali ibu- ibu muda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Love, Red.

If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...