Tanda-tanda Awal Darah Tinggi dan Cara Mengawalnya

Hipertensi atau Darah Tinggi ialah kesan tekanan darah pada dinding arteri meningkat. Tekanan Darah Tinggi boleh menyebabkan risiko stroke, aneurisma, kegagalan jantung, serangan jantung, dan kerosakan ginjal. 


 Jika anda membuat pemeriksaan darah tinggi, boleh semak berpandukan jadual di bawah samaada tekanan darah tinggi anda normal atau tidak.

 

Antara gejala awal darah tinggi adalah:
  • Sakit kepala
  • Pendarahan dari hidung 
  • Pening
  • Wajah kemerahan
  • Cepat Merasa penat

Kesan Jangka Panjang Darah Tinggi
-Angin Ahmar
-Serangan Jantung
-Kegagalan Jantung (dimana pengepaman jantung jadi lemah) 

Faktor yang Meningkatkan Risiko Darah Tinggi

1. Usia- Arteri menjadi keras kerana usia meningkat, dan ini menghalang aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi
2. Keturunan
3.Jantina-lelaki lebih ramai mengidap penyakit ini berbanding perempuan. 

Tahukah anda apakah yang menyebabkan punca darah tinggi ini?
[PUNCA DARAH TINGGI]
  • Obesiti
  • Merokok
  • Alkohol
  • Garam berlebihan
  • Diabetes
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit adrenal
  • Perancang kehamilan
  • Stress
  • Kurang bersenam

Kita perlu mengamalkan cara hidup sihat dan pemikiran positif untuk mencegah penyakit darah tinggi.Kurangkan stress dan  kekalkan berat badan yang ideal supaya penyakit ini dapat di cegah. Kurangkan garam dalam makanan. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang diproses dan yang di tinkan.

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk Mengawal Darah Tinggi:

OMEGAGUARD
CoQ10
Garlic Complex
Vitamin E
Vitalea
Vitamin C
B Complex

8 PUNCA MASALAH BERAT BADAN

  

    Masalah berat badan sangat membimbangkan bukan? Bukan sahaja menjadikan penampilan kurang menarik, masalah berat badan juga menjadikan keyakinan diri berkurang. Bukan itu sahaja, masalah berat badan mengundang pelbagai penyakit jika tidak di bendung dan menjurus kepada masalah obesiti.

Jangan biarkan masalah ini berlarutan, sebab kalau dah naik memang susah nak turun dan penghujungnya kita akan rasa berputus asa nak turunkan berat badan.


8 PENYEBAB MASALAH BERAT BADAN YANG HARUS DI PERHATIKAN :

1. Kurang Tidur
Kurang tidur meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan berlebihan yang menyebabkan peningkatan berat badan.

2. Makan Berlebihan
Orang yang kegemukan lebih responsif berbanding dengan orang berberat badan normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau apabila tiba  waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan bila ia merasa ingin makan, bukan makan semasa lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan sukar untuk keluar dari kegemukan jika  individu tidak memiliki motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.
 3. Kesan Sampingan Ubat
Semua jenis ubat yang biasa diambil seperti ubat antidepresi, perancang kehamilan, tekanan darah tinggi, dan diabetes dalam beberapa kes dapat menyebabkan peningkatan berat badan yang sangat drastik.

4. Hamil Pada Usia Tua
Ibu yang hamil di usia tua, lebih cenderung untuk memiliki anak dengan kelebihan berat badan atau obesiti dibandingkan dengan ibu yang hamil di usia muda.

5. Pasangan dengan Jenis Badan yang Sama
Pasangan yang memiliki jenis tubuh serupa dengan pasangannya,sama-sama gemuk, berisiko menurunkan gen keturunan yang menyebabkan kegemukan/obesiti pada anaknya.

6. Faktor Genetik
Kegemukan / Obesiti yang disebabkan oleh  generasi sebelumnya dapat tertanam di dalam gen generasi tersebut yang dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.


7.Pengaruh Emosional
Ada yang mengatakan kegemukan bermula dari masalah emosional yang tidak terkawal.  Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apa bila mereka tertekan,  tegang atau cemas,


8. Kurang bersenam
Orang yang duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kurang bersenam menjadikan berat badan sukar diturunkan.Bersenam sangat penting dalam penurunan berat badanbukan sahaja kerana dapat membakar kalori,ia juga dapat dapat membantu mengatur metabolisme badan kembali normal.

Bahaya kegemukan  boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes,jantung ,kanser. Kesan buruk masalah berat badan pada wanita  seperti sering cepat lesu dan menurunkan semangat untuk menjalani aktiviti harian . Kegemukan juga meningkatkan risiko bahaya serangan jantung.



CARA MENGATASI MASALAH BERAT BADAN  YANG SELAMAT, SIHAT DAN EFEKTIF:


Jika anda mengalami masalah berat badan dan mahu mengatasinya, ada produk Shaklee yang boleh membantu anda.
  • LECITHIN
  • OMEGA
  • HERBLAX
  • ALFALFA
  • CINCH SHAKE
  • ESP 

Untuk tempahan "SET KURUS" dan konsultasi percuma,
Hubungi 
Pn.Ani 019-6154956
Pm/Live chat: www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

Cara Menyimpan Susu Ibu:

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Menyusukan anak dan pada masa yang sama berkarier merupakan satu cabaran yang besar,  ibu mesti nekad untuk berikan si manja yang terbaik kan? Tahniah ibu kerana komited dan berjaya menyusukan bayi anda.Hari ini saya mahu kongsikan panduan asas bagaimana susu yang ibu perah boleh di simpan.
 
Berikut merupakan panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

 

Maklumat Tambahan


1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

 
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

 
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

 
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

 
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.


 
Pasti anak-anak ibu tersenyum ceria bila kenyang dengan susu ibunya.

PENAWAR MASALAH SEMBELIT


 

Tahukah anda? Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna boleh menyebabkan kanser kolon/usus.

Masalah sembelit mungkin biasa dialami oleh kebanyakkan kita, tetapi kalau dibiar berpanjangan, akan mengundang masalah. 

Sembelit adalah disebabkan laluan atau pergerakan yang sukar di dalam usus.Anda mungkin mengalami sembelit jika anda  membuang air besar kurang  daripada 3 kali seminggu  dan jika buang air besarpun najisnya kering dan keras. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.Sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

BAHAYA SEMBELIT!!!
Sering sembelit boleh menimbulkan  beberapa simptom seperti  bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Bahan bertoksik berkumpul didalam badan jika sembelit tidak di rawat.

           Jangan ambil mudah tau kalau sering sembelit.  Kalau tidak diatasi betul-betul boleh menghalang penyerapan nutrien daripada makanan.Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

PUNCA-PUNCA SEMBELIT
  • Apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.
  • Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit.
  • Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).
  • Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

 

ADAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU?

  1. ALFALFA
  2. HERBLAX
  3. OSTEMATRIX





MAHUKAN DISKAUN 15%-20%? JADILAH AHLI SHAKLEE, HANYA PERLU MENDAFTARKAN DIRI SEUMUR DENGAN MENGHUBUNGI PN. ANI DI 019-6154956  DAN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN MEMBELI SHAKLEE PADA HARGA ISTIMEWA.


KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
 PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
 Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

Testimoni Marvelous Vitamin E dan Vitamin C Shaklee

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana testimoni pelanggan yang berpuas hati sangat-sangat dengan Vitamin E dan Vitamin C Shaklee yang beliau ambil.


Supplemen Untuk Kulit
TestimoniVitamin E dan Vitamin C Shaklee

Jom kita tengok, apakah khasiat Vitamin E dan Vitamin C Shaklee ini.

KHASIAT VITAMIN E

-Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat  dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.
-Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
-Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
-Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)
-Anti oksidan.
-Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
-Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.
-Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
-Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
-Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
-Menyelesaikan masalah kelesuan.
-Mengurangkan risiko parut yang besar.
-Merendahkan kadar kolesterol.
-Membantu mencegah kanser.
-Merendahkan risiko katarak.
-Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas

Untuk Para Suami yang mempunyai Masalah "Low Count Sperm"

~ Tambahan Selenium yang terdapat dalam vitamin E Complex Shaklee boleh meningkatkan kualiti air mani & mmpunyai kesan bermanfaat dan perlindungan,terutamanya pada motilitas sperma.


Kebaikan Vitamin C

  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sehat dan bercahaya
  • Memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menghalang proses pigmentasi akibat sinaran UV B
  • Meningkatkan penghasilan kollagen
  • Sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit
Mengapakah Vitamin C Shaklee yang menjadi pilihan? 
  • Sebiji vitamin C sama dengan khasiat 7 biji oren
  • Terbaik dalam pasaran
  • Dihasilkan sumbersemulajadi
  • Ujian klinikal menunjukkan 2 biji vitamin C Shaklee kekal didalam darah selama 24jam.

Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan Vitamin E dan Vitamin C Shaklee. Wajib kita ingat, vitamin-vitamin ini menyihatkan tubuh badan kita, apabila badan kita sihat, sekaligus kulit yang cantik berseri terpancar dari wajah kita dan bukan wajah sahaja, seluruh badan mendapat khasiat daripada vitamin yang diambil. Jadi jangan ragu-ragu untuk mencuba ye.





Untuk membuat tempahan dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :
PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
Call/Sms/WhatApp : 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com


Susu Ibu Jadikan Anak lebih Bijak

Assalammualaikum

Pagi tadi sahabat saya Emalin Mohamad berkongsi satu artikel. Artikel tersebut bertajuk "Susu ibu menjadikan anak lebih bijak.

Saya kongsikan artikel tersebut di sini.

Susu ibu

Tahniah buat ibu-ibu yang cekal menyusukan bayi mereka.

 Tentu ibu-ibu tahu bahawa susu ibu merupakan yang terbaik untuk bayi  sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik sahaja selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan akan keluar. Ia dikenali sebagai kolostrum yang mempunyai khasiat amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Susu ibu juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Tentu ibu-ibu perasan anak-anak yang menyusu badan sepenuhnya jarang terkena jangkitan penyakit kerana imunitinya mereka kuat.

   Susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang menyusu susu badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu.
   Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.Jadi susukan anak kita sehingga mereka berumur2 tahun kerana susu ibu adalah hak anak kita.





1001 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE

 Assalammualaikum

Siapa yang tak kenal dengan produk Basic H, saya pasti ramai yang sukakan produk ini kerana ianya punya pelbagai kegunaan.

Basic H Shaklee merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960. Ianya di hasilkan daripada  sumber semulajadi iaitu jagung dan kelapa, merupakan pencuci serba guna, bebas dari bahan kimia, biodegradasi dan selamat untuk seisi keluarga. Bak kata orang putih, Organic  Super Cleaning Concentrated. :-)



BASIC H, TESTIMONI BASIC H
Basic H Shaklee


SELAMAT
-Tak bertoksin
-Tiada wap merbahaya
-Tanpa bahan kimia merbahaya
-Tiada pewangi
-Lembut ditangan
-pH seimbang
-Tiada Klorin

CARA MENGGUNAKAN BASIC H UNTUK MENCUCI



BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas




KEGUNAAN LAIN

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


MARI KITA TENGOK APA YANG BASIC H BOLEH BUAT  

Basic H untuk menghilang kerak yang susah hilang pada periuk
Lantai rumah lebih berseri kan?
Basic H Boleh digunakan untuk membersihkan puting bayi yang ada kerak susu
Basic H jugaboleh digunakan untuk membersihkan contengan krayon.
Basic H memang menjadi item wajib di setiap rumah. :-)


Untuk membuat tempahan/menjadi ahli Shaklee (RM65 shj) dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :

KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293

PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...